Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

119) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan projek RSKU yang telah siap dan bilangan unit mengikut DUN atau daerah?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Rumah Selangorku hanya mula diperkenalkan pada tahun 2014. Secara keseluruhan sebanyak 292 projek (129,108 unit) Rumah Selangorku (RSKU) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerjaan Negeri (MMKN). Sehingga
    29 Februari 2020, sebanyak 42 projek (15,359 unit) RSKU telah siap dibina dan telah diserahkan kunci. Manakala sebanyak 66 projek (23,576 unit) RSKU sedang dalam pembinaan dan baki sebanyak 184 projek (90,173 unit) RSKU masih dalam perancangan. Kerajaan Negeri merekodkan bilangan projek mengikut daerah dan perincian tersebut adalah seperti berikut: –

     

    No Daerah Bil. Projek Jumlah Unit Rumah
    1 Gombak 40 18,524
    2 Hulu Langat 61 25,873
    3 Hulu Selangor 13 1,978
    4 Klang 30 16,100
    5 Kuala Langat 18 10,899
    6 Kuala Selangor 29 9,214
    7 Petaling 54 25,469
    8 Sabak Bernam 4 219
    9 Sepang 43 20,832
    Jumlah Keseluruhan 292 129,108

Lampiran

Tiada Lampiran.