Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

121) RUMAH SELANGORKU JENIS A

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan lokasi dan jumlah Rumah Selangorku jenis A berharga RM42,000.00 yang telah siap dan belum siap dibina.

    Untuk makluman Y.Berhormat, Dasar Rumah Selangorku hanya mula diperkenalkan bermula 01 Januari 2014. Sehubungan dengan itu, masih belum ada pembinaan Rumah Selangorku jenis A yang telah siap dibina. Namun begitu, dalam tempoh peralihan tersebut terdapat 3 projek dengan keseluruhan 1,399 unit Rumah Kos Rendah (sekarang dikenali sebagai Rumah Selangorku) telah dibina dan ditawarkan. Berikut merupakan butiran-butiran projek yang telah disiapkan dan yang belum siap dibina namun telah memperoleh kelulusan Kebenaran Merancang (KM) :-

    • Projek Rumah Kos Rendah yang telah siap dibina dan ditawarkan.
    BIL PBT PEMAJU / PEMAJU USAHASAMA PROJEK BIL. UNIT
    1. MPSJ Mitrajaya Homes Sdn. Bhd. Cadangan Membina 212 unit Pangsapuri Kos Rendah Di Atas Lot PT 78442, Kampung Seri Aman Puchong, Mukim Petaling, Daerah Petaling, Selangor. 212

    (RKR)

    2. Medan Damai Sdn. Bhd. Cadangan Pembangunan Perumahan (739 unit Rumah Pangsa Kos Rendah) Di Atas Lot PT 75591, Taman Damai Utama, Mukim Petaling, Daerah Petaling, Selangor. 739

    (RKR)

    3. MPSP Plenitude Permai Sdn. Bhd. Cadangan Pembangunan Perumahan Di Atas Lot PT 42788, PT 42787 dan Sebahagian Tanah Kerajaan, Taman Putra Prima, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor. 448

    (RKR)

    JUMLAH 1,399
    • Projek Rumah Selangorku Jenis A belum siap dibina namun telah memperoleh kelulusan Kebenaran Merancang (KM).
    BIL PBT PEMAJU / PEMAJU USAHASAMA PROJEK BIL. UNIT
    1. MBSA PPC Glomac Sdn. Bhd. Di Atas Lot 49018 & PT 48447 Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling. 243

    (Jenis A)

    2. MPAJ Gapadu Harta Sdn. Bhd. Hakmilik HSD 62143 PT 3902 – HSD 62303 PT 4062 Bandar Ulu Kelang, Daerah Gombak. 60

    (Jenis A)

    3. MPSJ Sime Darby Putra Height Dev. Sdn. Bhd. Hakmilik Lot 81255 & 81256 (Jenis A & B), 81275 & 81276 (Jenis C & D) Di Pembangunan Putra Height,Mukim Damansara, Daerah Petaling. 80

    (Jenis A)

    4. MPKj Pan Majestic Development Sdn. Bhd. Hakmilik GRN 235494 Lot 44433 Dan GRN 235511 Lot 44450 Di Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat. 24

    (Jenis A)

    5. MKDS Perfect Eagle Development Sdn. Bhd. HS(D) 23278 PT 21746 dan HS(D) 23277 PT 21745 Mukim Ijok, Daerah Kuala Selangor. 45

    (Jenis A)

    6. MPS Ratus Bayan Sdn. Bhd. Di Atas Lot 72504 PN 91970, Taman Raintree, Bandar Selayang, Daerah Gombak. 260

    (Jenis A)

    PROJEK DIBAWAH SKIM INSENTIF GALAKAN RUMAH SELANGORKU 2015
    5. MBSA Bandar Setia Alam Sdn. Bhd. (SP Setia Berhad)  

    Hakmilik HS(D) 204089 PT 7716, HS(D) 295909 PT 32437, HS(D) 295910 PT 32438, HS(D) 295911 PT 32439 dan HS(D) 252841 PT 23564, Setia Alam, Seksyen U13 Mukim Bukit Raja, Daerah Petaling.

     

    750

    (Jenis A)

    6. MPK Selaman Sejati Sdn. Bhd. Lot 9754 PT 18288 Jalan Rusa, Mukim Klang, Daerah Klang. 4

    (Jenis A)

    7. MPKj Jade Homes Sdn. Bhd. (Gamuda Land Berhad) Di Atas Lot PT No 71607, 71608 dan 71609, Jade Hills, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat. 142

    (Jenis A)

    8. MDKL Bandar Rimbayu Sdn. Bhd. Di Atas Lot PT 36346 (HSD 33613), Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat. 330

    (Jenis A)

    9. MPS Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)  

    Di Seksyen 9, Kota Puteri, Bandar Batu Arang, Daerah Gombak.

     

    1,193

    (Jenis A)

    JUMLAH 3,131

Lampiran

Tiada Lampiran.