Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

16) RUMAH SELANGORKU LEWAT SIAP DAN TERBENGKALAI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah projek dan bilangan unit rumah di bawah projek Rumah Selangorku yang gagal disiapkan dan lewat dibina mengikut jadual?

    Kerajaan Negeri telah mensasarkan 30,000 unit untuk disiapkan menjelang tahun 2023. Daripada keseluruhan jumlah tersebut, 11 projek telah siap dibina, 49 projek lagi sedang dalam pembinaan manakala 12 projek melibatkan 7,659 masih dalam perancangan. Walaubagaimanapun, sebanyak 5 projek yang melibatkan (2,185 unit) telah dikenal pasti oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor sebagai lewat untuk disiapkan. Faktor kelewatan adalah seperti berikut: –

    No Pemaju Bil. Unit Sebab Kelewatan
    1 Elite Park Development Sdn. Bhd. (Mah Sing Group Berhad.) 244 Kerja rektifikasi struktur bangunan di tapak telah mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan oleh pemaju
    2 Luxstar Housing Development Sdn. Bhd. 850 Lewat disebabkan kegagalan mematuhi pelan bangunan yang telah diluluskan oleh PBT. Projek telah diserahkan kepada syarikat penglikuidasi

     

    3 Prestige Improvement Sdn. Bhd. 204 Pemaju melewatkan kerja mengalihkan kabel dan paip syarikat utiliti yang berada di dalam tapak pembinaan

     

    4 Serambi Padu Sdn. Bhd. 499 Projek yang dahulunya terbengkalai dan pemaju penyelamat mengambil masa untuk mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak utiliti.

     

    5 Jitu Enigma Sdn. Bhd. 388 Pemaju telah digulungkan dan syarikat penerima dan pengurus (Receiver) yang dilantik memerlukan masa untuk melantik pemaju baharu.
    Jumlah Keseluruhan 2,185

     

Lampiran

Tiada Lampiran.