Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

149) Rumah Selangorku

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan projek RSKU yang masih dalam pembinaan mengikut daerah dan projek RSKU belum mula sehingga Oktober 2020?

    Untuk makluman Yang Berhormat, secara keseluruhan sebanyak 302 projek (134,595 unit) Rumah Selangorku (RSKU) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerjaan Negeri (MMKN). Sehingga 15 Oktober 2020, sebanyak 51 projek (18,492 unit) RSKU telah siap dibina dan telah diserahkan kunci. Manakala, sebanyak 63 projek (21,102 unit) RSKU masih dalam pembinaan dan sebanyak 188 projek (95,001 unit) RSKU lagi masih dalam perancangan. Kerajaan Negeri merekodkan bilangan projek mengikut daerah dan perincian tersebut seperti berikut: –

Lampiran

Tiada Lampiran.