Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

186) RUMAH SEWA MILIK KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pembiayaan rumah sewa milik Kerajaan Negeri Selangor

    Untuk makluman Yang Berhormat Dato’, sehingga hari ini sebanyak  842 unit pembiayaan rumah sewa milik Kerajaan Negeri Selangor yang dikenali sebagai Skim Smart Sewa telah dilaksanakan dengan peruntukan kos sejumlah RM 122 juta bagi tahun 2015 sehingga tahun 2017. Hartanah tersebut dibeli oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan anak syarikat LPHS iaitu Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) dilantik sebagai agen pengurusan bagi melancarkan pelaksanaan skim ini. Sehingga kini, sebanyak 341 unit rumah telah siap dibina dan telah disewakan sepenuhnya kepada orang awam dengan kadar sewaan daripada RM550.00 sebulan sehingga RM700.00 sebulan. Manakala sehingga hujung tahun ini sebanyak 150 unit lagi dijangka akan disiapkan dan sedia untuk disewakan manakala bakinya sebanyak 351 unit dijangka dapat disiapkan untuk disewakan mulai tahun 2019 hingga 2020.

    Susulan daripada kejayaan Skim ini maka Kerajaan Negeri menerusi bajet 2018 telah memperuntukkan sebanyak 50 juta dengan sasaran penambahan jumlah bilangan unit ‘Skim Smart Sewa’ dianggarkan sebanyak 300 unit bagi membantu golongan penyewa yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk menyewa pada kadar berpatutan.

Lampiran

Tiada Lampiran.