RUMAH TERBENGKALAI

39) RUMAH TERBENGKALAI

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sehingga kini masih terdapat projek yang masih di tahap lama (tiada progress)?

    Berdasarkan kajian yang telah dijalankan terdapat 3 situasi projek yang diklafisikasikan sebagai projek terbengkalai yang terdiri daripada :

    Berdaya maju dan boleh dipulihkan melibatkan sebanyak 67 projek. – Senarai projek seperti di Lampiran 1

    • Berdaya maju tetapi memerlukan kajian terperinci yang melibatkan isu perundangan dan masalah teknikal iaitu kegagalan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan daripada agensi berkaitan seperti tukar syarat, pecah sempadan, pindaan pelan, bayaran sumbangan dan sebagainya. Setakat ini terdapat 13 projek telah dikenal pasti berpotensi dipulihkan oleh Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT).

    –       Senarai projek seperti di Lampiran 2.

    • Tidak boleh dipulihkan sama sekali adalah disebabkan oleh masalah bangunan yang ditinggalkan terlalu lama iaitu melebihi 10 tahun di mana kekukuhan bangunan sedia ada tidak selamat dimajukan semula. Dengan ini, kerja-kerja meroboh semula bangunan tersebut perlu dibuat bagi menggantikan bangunan baru dengan melibatkan kos pemulihan yang tinggi. Secara langsung, kos ini akan ditanggung oleh pembeli terlibat dengan majoriti pembeli tidak berupaya menampung kos tambahan pemulihan projek berkenaan yang melebihi 100% daipada harga belian rumah tersebut. Selain itu, faktor usia pembeli yang semakin meningkat turut menyukarkan kelulusan pemberian pinjaman tambahan daripada bank / pembiaya bagi tujuan tambahan kos tersebut. Terdapat juga sebahagian besar pembeli terlibat telah disenaraihitam oleh bank/pembiaya dan pembeli sukar dikesan. Terdapat juga kes pemajuan pembangunan yang dibuat terletak di kawasan berkecerunan kelas 3 dan 4 yang mana tidak selamat diduduki dan dibenarkan pemajuan diteruskan sehingga kini. Oleh itu, usaha untuk memulihkan projek berkenaan adalah terlalu sukar dipulihkan sama sekali oleh mana-mana pihak.

    Sebanyak 7 projek yang dikenal pasti sebagai projek yang tidak boleh dipulihkan sama sekali seperti berikut:

    BIL. PROJEK PEMAJU BIL. UNIT PBT
    1. Projek Perumahan Superview, Mukim Hulu Kelang, Daerah

    Gombak, Selangor

    Superview Sdn. Bhd. 23 Unit MPAJ
    2. Taman Bayu, Mukim Setapak, Daerah

    Gombak, Selangor

    Tegoh Timber & Properties Sdn. Bhd 120 Unit MPS
    3. Taman Jasa Murni Selayang, Mukim Selayang, Daerah

    Gombak, Selangor

    Intelligient

    Mission Sdn.

    Bhd

    30 Unit MPS
    4. Projek Perumahan Taman Pusu, Mukim Setapak, Daerah

    Gombak, Selangor

    Q-Vista Sdn. Bhd MPS
    5. Projek Pembesaran Kampung, Desa Kerayong Indah,

    Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor,

    Selangor

    Bumi Circle Sdn. Bhd

    Probil Sonati Sdn. Bhd

    1282 Unit MDKS
    6. Projek Pembesaran Kampung, Serendah Perdana, Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor,

    Selangor

    Kamsu Sdn. Bhd. 550 Unit MDHS
    7. Projek Pembesaran Kampung, Desa Beringin, Mukim

    Kerling, Daerah Hulu

    Selangor, Selangor

    Modulex

    Sistem (M)

    Sdn. Bhd

    200 Unit MDHS