Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

132) RUMAH TERBENGKALAI DI DESA KERAYONG INDAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri berjanji untuk menyelesaikan masalah pembeli rumah Desa Kerayong Indah dalam kempen dan sepanduk-sepanduk memburuk kerajaan terdahulu pada Pilihanraya Umum lalu. Apakah status projek rumah terbengkalai itu sekarang?

    Untuk makluman Y.Berhormat, setakat ini hampir 300 orang pembeli telah memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan menyebabkan tindakan untuk meneruskan projek Desa Kerayong Indah terpaksa ditangguhkan sehingga menunggu keputusan Mahkamah. Memandangkan projek tersebut telah terhenti sekian lama dan siasatan tapak oleh LPHS pada Februari 2011 mendapati status projek bagi 8 Desa adalah seperti berikut :

    Bil Projek   Status Kemajuan Projek
    1 Desa 1 i) 49 unit rumah jenis berkembar dibina daripada 106 unit.
        ii) Sebilangan kecil binaan hanya sampai ke peringkat dinding dan terbengkalai.
    2 Desa 2 i) 104 unit rumah dibina daripada 194 unit
        ii) Pembinaan hanya mencapai tahap bumbung bagi 30 unit manakala 74 unit diperingkat rangka/cerucuk.
    3 Desa 3 i) Terdapat 24 unit rumah dibina daripada 127 unit.
        ii) Pembinaan hanya mencapai tahap dinding sahaja.
    4 Desa 4 i) 82 unit rumah dibina daripada 114 unit.
        ii) Pembinaan hanya mencapai tahap bumbung bagi 52 unit manakala 30 unit diperingkat rangka/cerucuk.
    5 Desa 5 i) 90 buah unit rumah telah dibina daripada 114 unit.
        ii) sebahagian telah sampai ke tahap bumbung dan juga terdapat banyak kecacatan pembinaan pada rumahrumah tersebut serta kerosakan akibat tiada penyelenggaraan.
    6 Desa 6 i) 124 unit rumah dibina daripada 168 unit.
        ii) Pembinaan hanya mencapai tahap bumbung bagi 21 unit manakala 103 unit diperingkat rangka/cerucuk.
    7 Desa 7 i) 57 unit rumah dibina daripada 215 unit.
        ii) Pembinaan       hanya   mencapai         diperingkat rangka/cerucuk sebanyak 57 unit.
    8 Desa 8 i)          32 unit rumah dibina daripada 232 unit. ii)         Pembinaan di peringkat struktur sahaja
    Jumlah rumah 1,282 unit
    Unit terjual 1,102 unit

Lampiran

Tiada Lampiran.