Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

115) RUMAH TERBENGKALAI KAMPUNG TONGKAH MORIB, BANTING (PEJABAT TANAH DAN DAERAH KUALA LANGAT)

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status projek rumah terbengkalai di Kampung Tongkah, Morib Banting ( Projek Syarikat Era Permai Sdn. Bhd ) ?

    Keputusan MMKN ke 13/2014 bertarikh 2 April 2014 telah menimbang dan meluluskan permohonan pemberimilikan tanah kepada 71 orang pekerja Ladang Dusun Durian untuk tujuan kediaman (tapak rumah).

    Lain-lain permohonan iaitu 38 permohonan tujuan kediaman dan 11 permohonan tujuan bangunan perniagaan ditolak.

    Notis 5A telah dikeluarkan kepada 68 pemohon yang telah diluluskan pelupusan secara pemberimilikan bertarikh 25 Ogos 2014. Manakala 3 pemohon lain telah meninggal dunia sebelum premium sempat dijelaskan. Deraf kertas ringkasan telah dibuat untuk diangkat semula untuk pertimbangan MMKN bagi mendapatkan kelulusan waris kepada pemohon yang telah meninggal dunia.

Lampiran

Tiada Lampiran.