Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

52) RUMAH TERBIAR DI BUKIT SENTOSA DAN BUKIT BERUNTUNG

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan Negeri terhadap rumah tanpa penghuni dan usang tersebut?

    Tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap rumah tanpa penghuni dan usang di kawasan tersebut dengan mewujudkan suatu tarikan agar pemilik atau penyewa berminat untuk menetap di Bukit Beruntung. Antaranya :-

    i) Melaksanakan cadangan yang telah pun diluluskan oleh EXCO terdahulu
    untuk memindahkan Ibu pejabat Daerah Hulu Selangor ke Bukit
    Beruntung di mana peruntukannya adalah sebanyak RM 16.5 juta dan
    lukisan teknikal telah disediakan.

    ii) Menubuhkan sekurang-kurangnya 1 Fakulti Kejuruteraan Automotif
    UNISEL dan Institusi Vokasional Automotif di Bukit Beruntung selaras
    dengan kedudukannya yang berhampiran kilang kenderaan PERODUA
    dan NISSANTAN CHONG.

Lampiran

Tiada Lampiran.