Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

43) RUMAH TERBIAR DI TINGKAT BAWAH PANGSAPURI REBANA BANDAR BUKIT RAJA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berulang kali dijadikan tempat buangan sampah haram dan gejala sosial tidak sihat. Apakah tindakan pihak MPK, Pejabat Tanah?

    Majlis Perbandaran Klang telah menghubungi pihak pemaju (Sime Darby), Encik Hishamuddin. Menurut beliau pihak Sime Darby akan membuat kerja- kerja pembersihan dan menutup semua unit yang terlibat dengan kes pembuangan sampah secara haram. Malah pihak Sime Darby juga akan membantu melakukan kerja-kerja pembersihan di unit-unit persendirian.

    Mengenai gejala sosial yang tidak sihat, pihak Majlis tidak dapat mengenalpasti gejala sosial yang berlaku di Pangsapuri tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.