Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

131) RUMAH TERBIAR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan rumah atau tanah kediaman yang telah dirampas oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2015, 2016, dan 2017?

    Untuk makluman Yang Berhormat, rekod khusus yang didapati melalui aplikasi Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pejabat Tanah Daerah bagi hakmilik berstatus kediaman yang telah dikeluarkan Notis 8A (Notis Perkembalian Tanah kepada Kerajaan) atas sebab tidak menjelaskan cukai tanah (Seksyen 97 KTN) dan langgar syarat (Seksyen 125 KTN) adalah seperti berikut:

    JUMLAH HAKMILIK DAN KELUASAN TANAH KEDIAMAN YANG DIRAMPAS OLEH KERAJAAN NEGERI MENGIKUT DAERAH DARI TAHUN 2015-2017

    Kerajaan Negeri tidak akan sewenang-wenangnya merampas tanah terbiar atau yang terdapat rumah usang di atas tanah tersebut selagi mana ianya tidak melanggar atau melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan yang terdapat di dalam Kanun Tanah Negara 1965.

Lampiran

Tiada Lampiran.