Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

57) RUMAH THE GAP BUKIT FRASER

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Status baik pulih Rumah The Gap Bukit Fraser selepas lawatan YAB Menteri Besar dan YB Menteri Pelancongan pada bulan Ogos 2015.

    Pihak Tourism Selangor bersama Majlis Daerah Hulu Selangor dalam proses melengkapkan dokumen permohonan peruntukan dan akan mengemukakan kepada pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam waktu terdekat.

     

    Sehubungan dengan itu Tourism Selangor, Majlis Daerah Hulu Selangor, dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan pertemuan rasmi bersama dengan pihak Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia pada 2 Oktober 2015  dan membuat pembentangan terhadap  permohonan  peruntukan pembangunan produk pelancongan yang terdapat di daerah Hulu Selangor. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Prasarana, Kementerian Pelancongan Malaysia. Berikut adalah permohonan peruntukan pembangunan produk pelancongan di daerah Hulu Selangor:

     

     

    Bil.

     

    Permohonan Projek Pembangunan

     

    Jumlah Peruntukan ( RM )

     

    1.

     

    Menaiktaraf Rumah Rehat Sri Berkat

     

    3,058,000.00

     

    2.

     

    Menaiktaraf Rumah Rehat The Gap

     

    7,007,000.00

     

    3.

     

    Penyediaan Kemudahan Pelancongan Di Hutan Pendidikan ( Taman Millenium ) , Bukit Batu Pahat , Hulu Selangor

     

    1,357,000.00

     

     

    4.

     

    Menaiktaraf Labour Lines , Bukit Fraser

     

    330,000.00

     

    5.

     

    Penyediaan Kemudahan Di Lokasi Bersejarah Darurat Sir Henry Gurney

     

    500,000.00

     

    6.

     

    Menaiktaraf Dan Penyediaan Kemudahan

    ( TIC ) Bangunan Balai Bomba Lama , Kuala Kubu Bharu

     

     

    2,727,000.00

     

    7.

     

    Menaiktraf Bandar Kuala Kubu Bharu Sebagai Warisan Bandar Taman

     

    660,000.00

     

    8.

     

    Menaiktaraf Kemudahan Pelancongan Di Bukit Kutu , Hulu Selangor

     

    1,520,000.00

     

    9.

     

    Menaiktaraf Pusat Konservasi Sungai Dusun , Hulu Selangor

     

    2,992,000.00

       

    Jumlah

     

    20,151,000.00

     

    Walau bagaimanapun setelah pembentangan dibuat pihak Kementerian Pelancongan dan kebudayaan membuat kesimpulan bahawa pihak Kerajaan Negeri Selangor akan mempertimbangkan lima (5) permohonan peruntukan terhadap produk pelancongan yang amat berpotensi untuk menarik pelancong yang lebih ramai termasuk pelancong luar negara . Ianya perlu dikemukakan semula kepada pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bagi tujuan penilaian semula. Perbentangan kedua akan dibuat semula bersama Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam waktu terdekat.

Lampiran

Tiada Lampiran.