Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

250) RUMAH URUT

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah operasi yang telah dilakukan kerajaan negeri untuk membanteras kegiatan pelacuran dan khidmat seks di rumahÐrumah urut di negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri bersama-sama PBT dan agensi berkaitan seperti pihak Polis, Imigresen, Pejabat Tanah dan JAIS telah melakukan operasi bersepadu dari semasa ke semasa di kawasan hot spot yang sering kali berlakunya kegiatan pelacuran dan khidmat seks. Selain pemeriksaan berkala oleh anggota Penguatkuasa, PBT juga telah melakukan siasatan dalaman ke atas premis rumah urut bagi memastikan pengusaha mematuhi peraturan PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.