Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

140) RUMAH URUT

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah rumah urut di Selangor yang berdaftar dan tidak berdaftar dari 2015-2017 mengikut PBT.

    a) dan b)

    Kerajaan Negeri telah membekukan semua permohonan baru bagi lesen perniagaan penjagaan kesihatan (Urutan Traditional) dari tahun 2008 berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor Bil.5/2008. Selain daripada itu, PBT turut mengadakan operasi bersepadu bersama lain-lain agensi seperti PDRM, Imigresen, JAIS dan lain- lain dari masa ke semasa bagi mengekang penularan rumah urut di Selangor khususnya.

    Berikut adalah jumlah rumah urut yang berdaftar dan tidak berdaftar dari 2015- 2017 mengikut PBT di Selangor:

    Jadual 1: Jumlah rumah urut berdaftar dan tidak berdaftar di Selangor mengikut PBT

     

     

    PBT

    RUMAH URUT BERDAFTAR RUMAH URUT TIDAK BERDAFTAR
    2015 2016 2017 2015 2016 2017
    MBSA 43 37 31
    MBPJ 53 53 53 37 36 43
    MPK 27 27 27
    MPSJ 27 24 21 99 100 94
    MPAJ 26 26 24 36 9 9
    MPS 69 46 29 63 86 27
    MPKJ 9 8 2

     

     

    PBT

    RUMAH URUT BERDAFTAR RUMAH URUT TIDAK BERDAFTAR
    2015 2016 2017 2015 2016 2017
    MPSP 1 1 1 2 2
    MDKL 13 13 13 2 2 2
    MDHS 10 4 1
    MDKS 13 6 7 6 8 12
    MDSB 16 14 14
    JUMLAH 264 222 192 286 280 220

    Nota : Sumber data daripada PBT

Lampiran

Tiada Lampiran.