Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

222) RUMPUT DAN PARIT DI KOMPLEKS SUKAN PANDAMARAN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Keadaan rumput panjang di Kompleks Sukan Pandamaran sudah tiga bulan walaupun aduan telah dibuat, tetapi masih tiada tindakan dari MPK.Adakah Jabatan Taman mengalami kekangan dalam melaksanakan tugas?

    Kerja-kerja penyelenggaraan landskap dan kebersihan Kompleks Sukan Pandamaran Klang seluas 27 ekar pada ketika ini dilaksanakan secara ‘in-house’. Pihak Majlis pada ketika ini juga sedang dalam proses melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan melalui sebutharga agar penyelenggaran dapat dilaksanakan secara berkala dan efisen. Kerja-kerja tersebut telahpun diiklankan oleh pihak Majlis.

    Pihak Majlis telah menerima aduan berkenaan perkara ini dan tindakan serta- merta telah diambil. Oleh kerana keluasan kawasan yang sangat besar, tindakan penyelesaian memerlukan tempoh tertentu untuk diselesaikan. Walaubagaimanapun, tindakan pemotongan rumput dan pembersihan telah siap sepenuhnya di tapak pada 9hb November 2018.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.