Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

94) RUNGUTAN RAKYAT TENTANG OSC

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Rungutan dari rakyat meningkat tentang kakitangan di Pihak Berkuasa Tempatan terutama di OSC yang tidak mesra pelanggan. Apakah semua kakitangan OSC ini pernah diberi kursus bersama? Jika tidak bilakah ianya akan dibuat?

    Semua kakitangan OSC di  PBT  Selangor  telah mengikuti Kursus Induksi Umum  dan  Khusus secara berperingkat bergantung kepada tadbir urus di PBT dan  Jabatan  Kerajaan Tempatan untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Kursus ini memberi pemahaman tentang peraturan perkhidmatan awam dan salah satu modul adalah aspek layanan pelanggan. Selain itu, kakitangan OSC juga telah mengikuti kursus-kursus lain yang secara tidak langsung membantu mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan sama ada yang dianjurkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau PBT masing- masing.

     

    Kakitangan OSC sentiasa diberi peluang sama ada oleh pengurusan  PBt  masing- masing mahupun Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengikuti kursus dari semasa ke semasa bagi mempertingkatkan kompetensi dalam bidang perkhidmatan serta  meningkatkan  kualiti  perkhidmatan kepada pelanggan.

Lampiran

Tiada Lampiran.