Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

164) SAHAM AIR UNTUK RAKYAT

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah pelaksanaannya?

    Soalan ini dijawab bersama dalam soalan oleh YB Dato’ Haji Mohd Shamsuddin bin Lias (Sungai Burong)

    Dengan mengambil kira mandat yang diberikan oleh rakyat Negeri Selangor dan dalam usaha untuk merealisasikan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor untuk kepentingan rakyat Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor telah merancang sekiranya penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor dimuktamadkan, rakyat Negeri Selangor yang juga merupakan pengguna perkhidmatan air akan diberikan pegangan saham di dalam SPV Air yang ditubuhkan.

    Pemberian saham tersebut adalah untuk memberi peluang kepada semua rakyat untuk turut mempunyai suara di dalam memberikan pandangan dan penambahbaikan dalam industri perkhidmatan air Negeri Selangor.

    Langkah sedemikian rupa boleh memberi kesan kepada budaya rakyat dalam mengamalkan sikap bertanggung jawab terhadap aset dan perkhidmatan air dan sekaligus memupuk rasa tanggung jawab untuk tidak membazir kepada sumber air sedia ada  serta semangat cintakan alam sekitar di mana rakyat akan menjadi lebih bertanggung jawab dalam menjaga kebersihan sungai-sungai yang merupakan sebahagian dari sumber air mereka.

    Namun demikian, nilai dan mekanisme pemberian saham air kepada rakyat akan diperhalusi setelah penstrukturan semula dimuktamadkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.