Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

177) SAINS DAN TEKNOLOGI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan untuk melahirkan 10 hasil reka cipta sains dan teknologi terbaik bertaraf dunia, dan berapakah tempoh masa yang diperlukan?

    Buat masa ini belum ada suatu rancangan bersepadu mengenai perkara tersebut. Walau bagaimanapun melalui STANDCO STI, Kerajaan Negeri ada menganjurkan Karnival Sains Teknologi dan Inovasi di mana di antara pengisiannya adalah pertandingan reka cipta inovasi. Karnival ini biasanya diadakan 2 tahun sekali.

Lampiran

Tiada Lampiran.