SALAH GUNA PREMIS PERSENDIRIAN

124) SALAH GUNA PREMIS PERSENDIRIAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai mekanisme bagi mengawal aktiviti menjadikan rumah-rumah persendirian sebagai kedai runcit dan juga asrama pekerja-pekerja asing?

    Bagi premis-premis yang menjalankan aktiviti salah guna Bangunan, PBT akan mengeluarkan Notis di bawah Seksyen 70(12) Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 (Akta 133) dan tindakan susulan akan dilaksanakan mengikut Peruntukan Undang-undang tersebut. Sekiranya PBT menyedari adanya kegiatan hiburan haram yang berselindung di sebalik premis persendirian, PBT akan mengambil tindakan dibawah Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Selangor 1995 serta dibawah Undang-undang Kecil yang berkaitan.

    PBT juga berusaha mengawal aktiviti salah guna premis persendirian oleh warga asing. Tindakan dibawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172 dikenakan ke atas individu yang didapati menjalankan aktiviti menjadikan rumah-rumah persendirian sebagai kedai runcit dan juga asrama pekerja-pekerja asing. Operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen sering dijalankan oleh PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.