Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

177) SAMAN MAHKAMAH

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan kes saman Kerajaan Negeri sejak Pakatan Harapan mentadbir Selangor?

    Senarai kes saman untuk Negeri Selangor yang diterima antara tahun 2008 sehingga 13 Mac 2018 seperti di jadual

    Jumlah kes yang direkodkan dari tahun 2008 sehingga kini adalah sebanyak 1640 kes. Kes-kes adalah melibatkan pelbagai peringkat mahkamah iaitu Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan melibatkan pelbagai jenis kes termasuk tort kecuaian, perlanggaran tugas statutori, semakan kehakiman, penamatan kontrak dan yang dikategorikan sebagai pihak nominal sahaja.

     

     

    TAHUN

     

     

    JUMLAH (BILANGAN KES)

    2008 59
    2009 86
    2010 150
    2011 168
    2012 153
    2013 205
    2014 146
    2015 206
    2016 214
    2017 205
    2018 48

Lampiran

Tiada Lampiran.