Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

156) SAMAN SYABAS TERHADAP KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah saman yang dikemukakan oleh SYABAS kepada kerajaan negeri akibat keengganan menaikkan tarif air?

    Keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk tidak bersetuju dengan sebarang pelarasan tarif yang dipohon oleh SYABAS adalah bagi merealisasikan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor di mana kepentingan rakyat adalah merupakan keutamaan di dalam setiap perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor termasuk di dalam perkhidmatan

     

    Pelarasan Tarif purata air terawat pertama telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2006 dan berkuat kuasa mulai 1 November 2006 di mana kadar tarif purata RM1.39 per cubic meter yang diguna pakai sehingga hari ini adalah berdasarkan kepada kadar yang diluluskan pada tahun 2006. Sekiranya Kerajaan Negeri Selangor bersetuju dengan pelarsan tarif yang dipohon oleh SYABAS pada tahun 2012, kadar tarif yang akan dibayar oleh pengguna pada ketika ini adalah sebanyak RM2.38 per cubic meter.

     

    Lanjutan dari tiada sebarang kenaikan tarif seperti yang dijadualkan pada tahun 2009, SYABAS telah memulakan tindakan mahkamah bagi menuntut pampasan kerana ketiadaan kenaikan kadar tarif baru. Berdasarkan kepada saman yang dikemukakan oleh SYABAS kepada Kerajaan Negeri Selangor, tuntutan pampasan yang dituntut oleh SYABAS bagi pelarasan tarif tahun 2009 adalah sejumlah RM1,054,208,382.00. Kes tersebut masih dalam tindakan mahkamah dan belum ada sebarang keputusan ke atas tuntutan SYABAS tersebut.

     

    Namun demikian, Kerajaan Negeri Selangor bersedia berhadapan dengan tuntutan SYABAS tersebut dalam usaha untuk melindungi rakyat sebagai pengguna utama industri perkhidmatan air.

Lampiran

Tiada Lampiran.