Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

31) SAMPAH

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. YAB Dato' Menteri Besar mahukan masalah sampah diselesaikan dalam masa 3 bulan, apakah bentuk pendekatan yang diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut?

    Bagi mencapai hasrat YAB Dato’ Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah sampah dalam masa 3 bulan, PBT mengambil pendekatan berdasarkan pelan tindakan seperti berikut antaranya:-

    • PBT akan memastikan semua kontraktor sisa pepejal mematuhi jadual kutipan sampah domestik & pembersihan awam dengan melakukan pemantauan rutin berterusan berdasarkan jadual di lapangan & pemantauan berdasarkan

     

    • MBSA sebagai contoh, telah membuat semakan kerja kutipan melalui sistem Automatic Vehicles Locating System (AVLS) yang diletakkan di lori kompaktor bagi memantau pergerakan kenderaan mengutip

     

    • PBT mengeluarkan notis (Notice to Correct – NTC) terhadap kegagalan kerja di lapangan oleh kontraktor yang dilantik serta menamatkan perkhidmatan kontraktor yang gagal melaksanakan

     

    1. PBT melaksanakan pengurusan sampah yang lebih sistematik dengan mengenalpasti kawasan bagi cadangan tambahan unit tong sampah dan penggantian contohnya di kampung tradisional dan kawasan komersial )
      • Meningkatkan aktiviti pemantauan bagi memastikan kerja – kerja pembersihan kawasan dan kutipan sampah dijalankan mengikut jadual.
      • Kenalpasti kawasan yang menjadi tumpuan longgokan sampah (bahu jalan, kawasan lapang, bawah pokok) dan tindakan pembersihan diambil dengan
      • Mengenalpasti dan menempatkan tong sampah (standing bin) di kawasan tumpuan awam yang kekurangan / tiada tong sampah (hentian bas, kawasan rekreasi dan kawasan komersial).

     

    • Menggerakkan pasukan ‘In House’ iaitu skuad rayau dan ‘on call’ bagi menyelesaikan aduan dengan mengutip sampah domestik dan pembersihan awam dalam tempoh 24 jam selepas menerima

     

    • Mengambil tindakan ke atas pembuangan sampah pukal/haram dengan mengenalpasti lokasi ‘hot spot‘ sampah haram & status hakmilik tanah untuk tindakan penguatkuasaan ke atas pemilik sampah haram/ pemilik tanah yang telah dikenalpasti. Memasang papan tanda ‘Dilarang Membuang Sampah’ di lokasi pembuangan sampah haram yang telah dikenalpasti.

     

    • Melakukan hebahan kepada penduduk dengan mengedarkan risalah dan pamplet mengenai maklumat kontraktor dan penyelia PBT, maklumat tatacara pembuangan sampah yang sitematik dan penguatkuasaan undang–undang oleh PBT. Selain itu papan tanda jadual dan maklumat kontraktor di kawasan kediaman penduduk turut

     

Lampiran

Tiada Lampiran.