Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

73) SAMPAH HARAM

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan langkah yang diambil dan di rancang untuk menangani masalah pembuangan sampah haram di tapak pelupusan sampah haram dan tepi jalan

    Langkah-langkah yang diambil oleh PBT dalam menangani masalah pembuangan sampah haram di tapak pelupusan sampah haram dan tepi jalan adalah:-

    • Menjalankan operasi bersepadu bersama Pejabat Daerah/Tanah Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Pejabat Daerah/Tanah Petaling di kawasan tapak sampah haram iaitu di Lot 3635, Jalan Ikan Seluang; Lot 19 & 20, Jalan Keli dan Tepi Sungai, Kampung Bukit Lanchong;

     

    • Pejabat Daerah/Tanah mengeluarkan Notis Pelanggaran Syarat Tanah kepada pemilik tanah dan mengarahkan untuk membaikpulih;

     

    • Mengarahkan pemilik tanah memagar tanah untuk mengelakkan pembuangan sampah haram;

     

    • Menjalankan pemantauan berjadual di tempat-tempat yang berisiko dan telah dikenalpasti sebagai lokasi ‘hot spot’ pembuangan sampah haram;

     

    • Memasang papan tanda ‘Dilarang Membuang Sampah’ di lokasi pembuangan sampah haram yang telah dikenalpasti;

     

    • Mengubah facade jalan kepada landskap di tepi jalan yang dijadikan tapak pembuangan sampah; dan

     

    • Mengambil tindakan serta merta terhadap aduan awam mengenai sampah haram sama ada dengan menggunakan pasukan in-house PBT atau back-up.

     

    Langkah-langkah yang dirancang adalah seperti berikut:-

     

    • Pihak PBT sentiasa menjalankan pemantauan dan menguatkuasakan Undang-Undang Kecil (UUK) berkaitan kesalahan dalam pembuangan sampah contohnya UUK Pemungutan, Pembuangan, Dan Pelupusan Sampah Sarap & UUK Jalan, Parit dan Bangunan;

     

    • Operasi bersepadu antara PBT bersama Pejabat Daerah dan mengambil tindakan melalui peruntukan pelanggaran syarat tanah di bawah Kanun Tanah Negara;

     

    • Mewujudkan Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Negeri Selangor;
    • Mengenakan hukuman yang berat di dalam Enakmen contohnya denda maksima dan hukuman berkaitan kesalahan-kesalahan dalam enakmen ini dikenakan antara RM10,000.00 hingga RM50,000.00 dan penjara antara enam (6) bulan hinggan lima (5) tahun; dan

     

    • PBT diminta untuk mengenalpasti tapak pelupusan sisa binaan di lokasi yang paling sesuai di kawasan masing-masing sebagai kemudahan dalam melupuskan sisa binaan/industri.

Lampiran

Tiada Lampiran.