Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

123) SAMPAH HARAM

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan terhadap operator sama ada individu atau syarikat yang menguruskan tempat pembuangan sampah haram?

    Kerajaan Negeri melalui Pentadbir Tanah Daerah (Pegawai Daerah) boleh mengambil tindakan terhadap operator sama ada individu atau syarikat yang menguruskan tempat pembuangan sampah haram di bawah peruntukan perlanggaran syarat tanah Kanun Tanah Negara 1960 . Manakala Pihak Berkuasa Tempatan pula boleh mengambil tindakan di bawah bidang kuasa sedia ada termasuk menguatkuasakan Undang-Undang Kecil (UUK) berkaitan kesalahan dalam pembuangan sampah contohnya UUK Pemungutan, Pembuangan, Dan Pelupusan Sampah Sarap & UUK Jalan, Parit dan Bangunan.

Lampiran

Tiada Lampiran.