Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

147) SAMPAH HARAM

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Di Kampung Seri Sentosa terdapat pembuangan sampah yang busuk (domestik) berhampiran tempat kediaman yang memberi kesan buruk kepada kesihatan tempatan dan alam sekitar. Lapuran kepada MDKS tiada tindakan. Bilakah tindakan akan diambil?

    Keberkesanan sesuatu tindakan penguatkuasaan banyak dipengaruhi oleh faktor sikap pelaku dan tahap tegar mereka atas pelanggaran undang-undang yang dilakukan.

    Undang-undang yang hendak dikuatkuasakan menurut tindakan perlu dilakukan mengikut langkah-langkah yang digariskan.

    Dalam menangani perbuatan pembuangan sampah haram di Kampung Sentosa, pihak Majlis Daerah Kuala Selangor sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab di kawasan tersebut telah bertindak mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap ( Majlis Daerah Kuala Selangor ) 2007.

    Tindakan kompaun kepada operator sudah dilakukan namun mereka masih berdegil. Tindakan menyita laluan masuk ke kawasan operasi sampah haram juga dilakukan.

    Berikut merupakan laporan dari Zon 3 Sampah Haram:

    Bil. Tarikh Tarikh
    1. 3 Mac 2016 Seal lokasi menggunakan pita pelilit tetapi telah dirosakkan
    2. 17 Mac 2016 Seal lokasi menggunakan pita pelilit tetapi telah dirosakkan
    3. 6 Mei 2016 Seal lokasi menggunakan pita pelilit tetapi telah dirosakkan
    4. 24 Mei 2016 Kompaun Pemilik

    Bahagian Penguatkuasaan juga telah mengadakan pemantauan berskala mulai 19 Julai sehingga 27 Julai 2016 iaitu kawalan statik yang bermula jam 8 pagi sehingga 8 pagi keesokan harinya (24 jam) bagi tujuan menyekat aktiviti sekaligus memutuskan sistem urusniaga mereka.

    Pada masa ini lot-lot berkaitan dengan isu permasalahan telah disediakan dan pelan untuk mendapatkan maklumat terperinci pemilikan tanah telah diberikan kepada PTDKS . Pihak jabatan sedang menunggu maklumbalas dari PTDKS.

    Selain itu, sebelum puasa iaitu akhir bulan Mei 2016, Pihak Majlis telah 2x menjalankan kerja pembersihan dan sebahagian sampah telah ditanam di tempat tersebut. Pihak Bomba juga telah 3x membantu kebakaran dari sampah tersebut semasa operasi bersama dijalankan. Pihak Majlis juga telah memberi Notis kepada pemilik tanah supaya memberhentikan operasi membenarkan sampah dibuang di tanah tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.