SAMPAH HARAM
21) SAMPAH HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah PBT mengatasi masalah sampah haram di Selangor?
Antara langkah-langkah yang diambil oleh PBT dalam mengatasi sampah haram di Selangor adalah:
- Menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di ‘hotspot’ tapak pembuangan sampah haram yang telah dikenal pasti.
- Melaksanakan kerja–kerja pembersihan dijalankan dengan segera bagi lokasi yang dikenal pasti menggunakan logistik ‘inhouse’ PBT atau Kontraktor yang telah dilantik.
- Kawasan-kawasan Sampah Haram yang sering menjadi tempat pembuangan sampah secara haram akan dibersihkan dan di pasang dengan papan tanda ‘DILARANG MEMBUANG SAMPAH’.
- Menutup laluan masuk ke tapak pembuangan sampah haram yang telah dikenal pasti / dibersihkan.
- Bagi tanah yang mempunyai pemilik, pihak PBT akan mengeluarkan notis arahan pembersihan dan langkah pencegahan seperti mengarahkan pemilik tanah memasang pagar bagi mengelakkan pencerobohan. Sekiranya pemilik tanah gagal mematuhi arahan tindakan penyitaan serta laporan ke Pejabat Tanah dan Daerah dibuat untuk tindakan selanjutnya bawah Kanun Tanah Negara (Tindakan Pelanggaran Syarat)
