Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

31) SAMPAH HARAM DI ALAM IMPIAN SEKSYEN 35 SHAH ALAM SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan susulan Kerajaan Negeri terhadap kulat sampah membuang sampah haram di Alam Impian Seksyen 35 Shah Alam Selangor selepas tindakan penguatkuasaan diambil oleh PBT?

    Pihak MBSA telah mengambil tindakan notis dan kompaun terhadap operator dan arahan pembersihan kepada pemilik tanah tersebut.  Selain itu,operasi juga telah dilakukan untuk menyita jentera-jentera yang digunakan di tapak ini. Antara tindakan-tindakan yang telah diambil adalah seperti berikut:

    • Notis supaya memberhentikan operasi juga telah dikeluarkan ”Stop Work Order” oleh pihak Majlis.
    • Mewujudkan halangan masuk ke tapak pelupusan ini dengan batu konkrit dan longkang.
    • Pemantauan di kawasan tapak secara berjadual.
    • Tindakan menyita lori yang masuk ke kawasan sekitar tapak pelupusan untuk membuang sampah.
    • Mesyuarat penyelarasan pembersihan di tapak akan dilaksanakan bersama agensi Naza TTDI, JPS, Pejabat Tanah Daerah Klang dan MBSA.

Lampiran

Tiada Lampiran.