Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

122) SAMPAH, PENYELENGGARAAN DAN BAIKPULIH

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha proaktif kerajaan dalam menyelesaikan masalah tapak pembuangan sampah haram?

    Antara langkah-langkah proaktif yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membanteras dan memantau tapak pembuangan sampah haram ialah:-

    1. Menggiatkan lagi operasi pemantauan dan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan pembuangan sampah haram, selain itu ada PBT yang telah menubuhkan “Unit Flying Squad” bagi melakukan aktiviti pemantauan secara berkala;
    2. Penguatkuasaan oleh agensi-agensi berkenaan ke atas individu yang membuka, mengurus dan membuang sampah di tapak-tapak sampah haram;
    3. Penstrukturan semula kawasan penyeliaan berpandukan kepada tenaga kerja yang ada;
    4. Pemantauan oleh Bahagian Kawal Selia, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Penguatkuasaan Undang-Undang.

Lampiran

Tiada Lampiran.