Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

207) SAMPAH SARAP DI SUNGAI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri menyedari terlalu banyak sampah sarap di Sungai Selangor, khasnya dari Sungai Rambai hingga ke Kampung Sepakat Kuala Selangor?

    Secara umumnya, tiada berlaku sebarang pelepasan sampah secara tidak terkawal di Sungai Selangor khususnya dari Sungai Rambai hingga ke Kampung Sepakat Kuala Selangor memandangkan perangkap sampah dibina dengan kaedah dan rekabentuk yang sistematik dan pembersihan perangkap sampah dilaksanakan secara berkala. Penyelenggaraan perangkap yang dilakukan untuk mengangkat sampah di Sungai Selangor adalah sebanyak dua kali sebulan dengan anggaran sebanyak RM 150,000.00 setahun dengan kos setiap pusingan adalah RM 6,250.

Lampiran

Tiada Lampiran.