Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

179) SAMPAH TIDAK DIKUTIP DI DUN KOTA DAMANSARA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan tindakan kerajaan negeri kepada kontraktor yang tidak mematuhi jadual pengutipan sampah?

    MBPJ sentiasa memastikan kontraktor menjalankan kerja mengikut jadual dan spec kerja yang Sekiranya kontraktor gagal melaksanakan dengan baik maka NTC (“Notice To Correct”) akan dikeluarkan bagi setiap kegagalan dan diserahkan kepada kontraktor berkenaan untuk tindakan pembetulan. Pemotongan daripada bayaran kontrak bulanan akan dibuat dan dengan mengambil kira jumlah penalti ke atas bilangan NTC yang telah dikeluarkan serta penalti aduan yang diterima.

    Satu surat amaran akan dikeluarkan sekiranya kontraktor masih gagal menunjukkan prestasi memuaskan sepertimana arahan tersebut. Selepas 3 kali surat amaran dikeluarkan dan pihak kontraktor enggan mematuhi arahan, maka pihak Majlis berhak untuk menamatkan kontrak syarikat tersebut

Lampiran

Tiada Lampiran.