Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

166) SAMPAH

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mempunyai rancangan bagi mengawal pergerakan lori-lori sampah dari membuang sampah di lokasi-lokasi haram?

    a) dan (b) adalah bersekali;

    Kerajaan Negeri melalui PBT telah merancang dan menjalankan beberapa siri bengkel dalam menguruskan sisa pepejal di seluruh PBT sejak tahun 2013 termasuklah dalam pemantauan pergerakan lori kutipan sampah bagi memastikan kontraktor kutipan sampah yang dilantik membuang sampah ke tapak pelupusan yang dibenarkan. Antara kaedah yang diambil oleh PBT adalah seperti berikut:-

    1. Kontraktor yang dilantik disyaratkan menghantar laporan kerja dalam kawasan kontrak mengikut tarikh yang ditetapkan oleh PBT;

     

    1. Pemantauan oleh kakitangan PBT dijalankan di lapangan bagi memastikan kerja – kerja dijalankan mengikut jadual;

     

    1. PBT seperti MBSA, MBPJ, MPAJ dan MPK contohnya telah melaksanakan sistem Automatic Vehicle Locating System (AVLS) secara maya yang boleh diakses di mana-mana sahaja pada bila-bila masa dapat memudahkan pihak pengurusan dan kontraktor memantau pergerakan lori syarikat masing-masing, namun kos pembangunan sistem ini adalah mengikut kemampuan PBT berikutan perbelanjaan yang tinggi;

     

    1. Penalti melalui tindakan Notice To Correct (NTC) akan dikenakan ke atas kontraktor yang tidak menepati spesifikasi dan standard yang telah ditetapkan oleh Majlis semasa menjalankan kerja kutipan sampah dan pembersihan di lapangan;

     

    1. Pemotongan bayaran yang maksima akan dibuat pada tuntutan bayaran bulanan kontraktor yang dikenakan

     

    1. Tindakan pembetulan akan dibuat oleh kontraktor tersebut di lapangan dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh PBT; dan

     

    1. Mesyuarat dan perjumpaan bulanan bersama kontraktor juga turut dijalankan bagi membincangkan masalah di lapangan dan kaedah penyelesaian untuk meningkatkan mutu kerja

Lampiran

Tiada Lampiran.