Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

35) SANTUARI IKAN SUNGAI CHILING

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah keputusan MMKN setelah menerima surat rayuan Jabatan Perikanan Negeri Selangor terhadap projek Talian Penghantaran 500kV TNB PMU Tapah-Bentong South yang merentasi kawasan Santuari Ikan Sg Chiling untuk pembinaan menara AP69-AP70 pada 24 September?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui MMKN Ke 31/2018 pada 3 Oktober 2018 telah membuat keputusan bersetuju dengan beberapa perkara berikut:

    1. Konsep ‘potong dan tinggal’ bagi pokok-pokok yang ditebang di dalam kawasan HSK Bukit Kutu dan pampasan akan dibayar oleh pihak TNB,
    2. Tiada dibenarkan sebarang pengeluaran kayu balak bagi mengurangkan risiko pencemaran yang kualiti air, alam sekitar dan konservasi ikan kelah,
    3. Tiada kerja-kerja penebangan kayu balak pada musim hujan dan jarak pemasangan menara talian TNB adalah melebihi 100 meter daripada kawasan santuari ikan, dan
    4. Pihak TNB dikehendaki membuat pemasangan logistik menara penghantaran elektrik menggunakan helikopter.
    5. Pihak TNB diminta untuk menyumbang kepada konservasi ikan kelah di kawasan tersebut melalui Program Tannngungjawab Sosial (CSR) TNB, dan
    6. Lain-lain keputusan yang telah disahkan oleh MMKN Ke 25/2018 pada 15 Ogos 2018 adalah dikekalkan.

     

    JABATAN PERIKANAN NEGERI SELANGOR

    Untuk makluman Y.A.B Dato’ Menteri Besar, Pusat Santuari Kelah Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru telah di buka pada tahun 2006 sebagai pusat konservasi ikan kelah. Pada tahun 2009 santuari tersebut telah dibuka untuk reakreasi orang awam. Pelbagai kemudahan infrustruktur telah disediakan seperti kemudahan tandas, surau dan tapak perkhemahan.  Namun begitu, Jabatan Perikanan Negeri Selangor tidak pernah mempromosikan kawasan Santuari Ikan Sungai Chiling sehingga ke luar negara.  Walaubagaimanapun pihak jabatan sentiasa mewar-warkan hebahan aktiviti dan program kepada orang awam melalui media sosial seperti Laman Web Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan juga aplikasi media interaktif “Facebook” sebagai platform terbaik untuk mempromosikan Pusat Santuari Ikan Sungai Chiling.

Lampiran

Tiada Lampiran.