Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

109) SAP HOLDINGS BERHAD

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah objektif penubuhan SAP Holding Berhad?

     FAKTA: SAP HOLDINGS BERHAD

    • SAP Holdings Berhad (“SHB”) telah ditubuhkan pada tahun 1973 dengan modal berbayar sebanyak RM85 juta dalam bidang pembangunan dan pengurusan hartanah.
    • Sejurus selepas penggabungan sektor hartanah dengan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad pada tahun 2003, SHB mula menunjukkan prestasi yang merosot bermula dari tahun 2004. Punca kemerosotan prestasi yang telah dikenal pasti adalah hasil usaha sama yang merugikan SHB, umpamanya usaha sama antara SHB dengan
    • Pelbagai inisiatif telah diambil untuk memulihkan SHB, seperti pelaksanaan penambahbaikan tata urus tadbir syarikat, mengambil sikap hati-hati dalam setiap tindakan serta penilaian semula perjanjian usaha sama yang merugikan SHB.

    Objektif utama penubuhan SAP Holdings Berhad adalah untuk menjadi syarikat pegangan pelaburan dan pembangunan hartanah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.