Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

45) SARANG EKONOMI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah program Sarang Ekonomi berjaya membantu usahawan luar bandar meningkatkan pendapatan bulanan?

    1. Peserta Program Sarang Ekonomi Desa telah dipilih di kalangan usahawan desa di daerah Kuala Selangor dan kawasan sekitarnya. Usahawan-usahawan yang telah dipilih ini terdiri daripada pelbagai bidang perniagaan seperti makanan, kraf tangan, pertanian, peruncitan, perkhidmatan dan sebagainya.

     

    Program Usahawan SARANG Ekonomi ini melaksanakan pendekatan ‘Melatih, Membimbing dan Memudah cara’ kepada usahawan desa. Para usahawan yang telah mengikuti program diberi latihan dan bimbingan keusahawanan oleh jurulatih berpengalaman dalam membentuk budaya perniagaan usahawan SARANG Ekonomi Desa yang lebih cekap wang, orientasi jualan bersasaran serta meningkatkan daya saing untuk kemapanan perniagaan.

     

    Hasil maklum balas yang diterima daripada 51 orang peserta yang terpilih, seramai 7 peserta telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka lebih dari 200 peratus, 26 orang peserta berjaya meningkatkan pendapatan di antara 100 peratus dan 200 peratus dalam tempoh tiga (3) bulan program ini berlangsung bermula bulan Oktober sehingga bulan Disember 2019.  Manakala 18 orang peserta lagi memperolehi peningkatan pendapatan kurang dari  100 peratus. Purata pendapatan setiap peserta setelah mengikuti Program Sarang Ekonomi Desa ini adalah seperti berikut:

     

    1. Mencecah 6 angka sebulan = 1 orang usahawan
    2. Menjangkau melebihi RM 10,000 sebulan = 9 usahawan (tidak termasuk yang pertama)
    3. RM 5,000.00 sehingga 10,000.00 =26 Usahawan
    4. Kurang dari RM5,000.00 adalah 15 usahawan

Lampiran

Tiada Lampiran.