Saringan COVID-19 Kerajaan Negeri

34) Saringan COVID-19 Kerajaan Negeri

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan orang yang telah menjalankan saringan Covid-19 di bawah inisiatif Kerajaan Negeri?

    Dalam saringan Covid-19 Fasa 1 yang telah dijalankan pada bulan Mac sehingga April 2020, seramai 5,433 orang telah disaring yang mana kawasan saringan adalah tertumpu di kawasan zon merah di negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, seramai 10 orang telah disahkan positif Covid-19 dan telah menerima rawatan yang sewajarnya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Program Saringan Covid-19 Fasa 2 diteruskan pelaksanaan pada bulan Ogos 2020 sehingga ke hari ini dan mensasarkan golongan-golongan berisiko seperti rakyat negeri Selangor yang pulang dari Sabah dan sebagainya. Seramai 912 orang telah disaring dalam program fasa 2 ini dan program saringan ini akan diteruskan berdasarkan situasi semasa Covid-19 di negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.