Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

98) SASARAN INVEST SELANGOR UNTUK PROGRAM HALAL INTERNATIONAL SELANGOR 2019

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan dan sasaran Invest Selangor terhadap program-program Halal International Selangor sepanjang tahun 2019 melalui peruntukan Belanjawan 2019 yang disalurkan?

    Pihak Halal International Selangor (HIS) akan memperkasakan latihan Halal Technical Competent Person (HTCP) dengan beberapa pihak yang telah dikenalpasti oleh Invest Selangor Berhad (ISB). Melalui kerjasama ini pihak JAKIM/JAIS/MAIS akan terlibat secara langsung melalui perkongsian maklumat dan juga kepakaran tentang industri Halal.

    Selain daripada itu, HIS juga sedang melihat dan mengkaji penglibatan mereka di dalam beberapa inisiatif yang telah dirangka di dalam Selangor Halal Action Plan (SELHAP).

    Antara inisiatif-inisiatif tersebut adalah seperti berikut :

    1. Halal Science Super Corridor (HSSC) programme
    2. Selangor Halal Business Assistance Virtual Centre
    3. Selangor Halal Train and Place
    4. Halal Logistics Hub
    5. Central Information Platform
    6. Halal Ingredient Database
    7. Halal 101 Programme

     

    Penyertaan HIS dalam pelan tindakan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman serta ianya adalah selari dengan pelan jangka pendek dan panjang syarikat.

    Ianya juga berdasarkan kepada mandat yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kepada pihak HIS bagi menyelaras dan membangunkan industri Halal di Negeri Selangor.

    * Sumber : Aspire Flagship Sdn Bhd

Lampiran

Tiada Lampiran.