Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

50) SASARAN SIFAR GANGGUAN BEKALAN AIR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan dan jelaskan perancangan untuk ke arah sifar gangguan bekalan air di dalam Negeri Selangor

    Untuk mencapai sasaran sifar gangguan bekalan air adalah suatu perkara yang amat sukar kerana kejadian gangguan bekalan air boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, seperti paip pecah, paip bocor, pencemaran sumber air mentah dan terawat, kekurangan bekalan air disebabkan cuaca panas, kekurangan bekalan air disebabkan permintaan yang sangat tinggi semasa musim perayaan, kerosakan peralatan di loji bekalan air, kerosakan rumah pam, vandalisme dan sebagainya.

    Antara usaha yang sedang dilakukan oleh pihak Air Selangor untuk mengurangkan gangguan bekalan air kepada pengguna-pengguna adalah seperti berikut:-

    1. Memperbanyakkan penyambungan saling paip (cross-connection) untuk membolehkan bekalan air bersih dibekalkan dari pelbagai sumber.
    2. Melaksanakan program pengurangan kadar NRW secara agresif.
    3. Melaksanakan program kawalan tekanan air untuk mengurangkan kejadian paip pecah dan paip bocor khasnya pada waktu malam.
    4. Mempercepatkan masa pembaikan paip-paip yang pecah.
    5. Menyediakan sistem khidmat pelanggan yang berkesan untuk memudahkan pelanggan-pelanggan membuat aduan gangguan bekalan air.
    6. Menambahkan kapasiti pengeluaran loji-loji air di seluruh Selangor.
    7. Membina loji air baharu seperti Loji-loji Air Langat 2, Semenyih 2 dan Labuhan Dagang yang akan menambah kapasiti pengeluaran air bersih ke dalam sistem bekalan air sedia ada.

    Usaha-usaha di atas akan terus dijalankan demi menyediakan perkhidmatan bekalan air yang mampan dan efisien kepada pengguna.

Lampiran

Tiada Lampiran.