Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

55) SASARAN SMART SELANGOR DELIVERY UNIT

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pelaksanaan yang disasarkan oleh SSDU untuk tahun 2020?

    Pada tahun 2020, SSDU akan terus melaksana inisiatif-inisiatif Smart Selangor yang mampu meningkatkan dayahuni rakyat, memacu ekonomi negeri menerusi pemerkasaan ekosistem digital, dan pemantauan serta penyelarasan tindakan secara berpusat oleh Kerajaan Negeri berdasarkan data masa nyata.

    Berikut adalah inisiatif-inisiatif yang bakal dilaksanakan pada tahun ini:

    1. Pembangunan Selangor Intelligent Operations Centre (SIOC) yang dijangka akan siap dibina pada suku keempat tahun ini bertempat di Dewan Jubli Perak, Pejabat SUK Selangor, Shah Alam, Selangor.
    2. Pemasangan minima 100 unit CCTV digital beserta analitik di kawasan yang dikenalpasti sebagai ‘hotspot’ dan ‘blackspot’ oleh PDRM.
    3. Pembangunan Ekosistem untuk pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
    4. Pelaksanaan sistem Tap-to-Ride untuk caj pembayaran perkhidmatan Bas Smart Selangor
    5. Pemetaan topografi pintar

Lampiran

Tiada Lampiran.