Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

166) SEK RENDAH AGAMA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berdasarkan apakah peruntukan penyelenggaraan dan baikpulih diberi?

    Jais diperuntukkan setiap tahun bagi keperluan selenggara. Bagi tempoh RMK10 (5 tahun), JAIS diperuntukkan sejumlah RM30 juta. Namun, setiap tahun Jais akan menggunakan peruntukkan yang diluluskan melaksanakan baikpulih bagi bangunan yang melibatkan SRA mengikut keutamaan memandangkan banyak permohonan yang diterima daripada pihak sekolah. Kerosakan yang diutamakan ialah yang melibatkan keselamatan dan lain-lain seperti kerosakan bumbung, tandas, elektrik dan keretakan bangunan.

Lampiran

Tiada Lampiran.