Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

89) SEKOLAH AGAMA MENENGAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Masyarakat Islam di Selangor amat memerlukan Sekolah Agama Menengah tetapi kewujudannya tidak mencukupi. Apakah tindakan yang diambil kerajaan negeri bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam?

    Tindakan yang diambil oleh Kerajaan negeri ialah :

    • Menambah bilangan kelas dengan cara membina bangunan tambahan di SAM Negeri Selangor contoh :
    BIL        NAMA SEKOLAH BIL.KELAS SUMBER CATATAN
    1. SAMTAR Sg Manggis 3 Kerajaan Negeri Kelas STAM
    2. SAM Nurul Iman 18 KPM  
    3. SAM Sg Merab 6 KPM Kelas & dewan makan
    4. SAM Sultan Hisamuddin Sg Bertih 18 KPM Kelas & Surau
    5. SAM Parit Baru 6 KPM  
    6. SAM Kanchong Darat 3 KPM  
    • Mengujudkan Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi di Jugra Kuala Langat dan Klang.
    • Kerajaan negeri telah meluluskan pembinaan bangunan baru untuk SAM Paya Jaras di atas tapak yang baru dengan anggaran kos RM 6 juta. Bangunan baru mengandungi 18 bilik darjah. Pada masa ini bilangan kelas sedia ada di bangunan guna sama SRA Paya Jaras sebanyak 10 bilik darjah sahaja
    • Membina 4 buah makmal sains tulen di SAM Unwanus Saadah Kanchong Darat untuk menampung permintaan murid tingkatan 4 supaya mereka tidak berpindah ke sekolah aliran perdana.

Lampiran

Tiada Lampiran.