Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

11) SEKOLAH AGAMA RAKYAT DAN KAFA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Memandangkan penjimatan yang diperolehi oleh kerajaan negeri Selangor dalam pembiayaan sekolah-sekolah agama setelah menyerahkan pentadbiran 23 buah sekolah agama tadbiran negeri kepada kerajaan Pusat adalah sebanyak RM32.6 juta dan kos yang ditampung oleh kerajaan negeri Selangor bagi membayar elaun guru-guru SAR dan KAFA pada tahun 2007 hanyalah RM23.5 juta. Sila kemukakan perkara-perkara yang boleh menghalang guru-guru KAFA yang telah dibenarkan oleh kerajaan untuk mengajar dua sesi daripada dinaikkan sebagai guru pelantikan penuh serta layak kepada skim perkhidmatan sebagai kakitangan awam Kerajaan Negeri Selangor

    Ada beberapa kriteria yang perlu ada untuk merealisasikan guru KAFA menjadi
    guru tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) DGA
    29. Di antaranya adalah :
    i. Guru tersebut mesti mempunyai kelayakan akademik dan iktisas seperti yang
    dikehendaki untuk jawatan PPPLD DGA29. Majoriti guru-guru KAFA masih
    belum atau tiada kelayakan ini terutama memiliki Diploma Perguruan Malaysia.
    ii. Jumlah jawatan PPPLD DGA29 yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan
    Awam (JPA) untuk negeri Selangor adalah sekitar 1300 jawatan berbanding guru
    KAFA yang mencecah 6 ribu orang.

Lampiran

Tiada Lampiran.