Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

276) SEKOLAH KAFA DAN KAFAI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membantu pihak sekolah KAFA ini berkaitan kesulitan pihak PIBG dalam membayar gaji bahagian pengurusan seperti kerani,guru ganti termasuklah tukang kebun?

    KAFA ialah kelas Al-Quran dan fardhu ain yang diuruskan oleh jemaah pengurusan sekolah yang perjalanan pengajaran dan pembelajaran tertakluk kepada kebenaran Pendaftar Sekolah-sekolah Islam Negeri Selangor. Tiada peruntukan khusus diberikan bagi bayaran kerani dan tukang kebuh.

     

    Walaubagaimanapun atas keprihatinan dan sokongan kepada jemaah pengurusan sekolah, guru dan pelajar terlibat, pihak Kerajaan Negeri telah dan terus menyalurkan bantuan dari segi buku teks, perabot dan keperluan guru tertakluk kepada kuota guru KAFA pada satu-satu masa. Kerajaan Negeri juga memberi kemudahan khas bagi guru-guru wanita yang melahirkan anak tidak melebihi 3 kali sepanjang dalam perkhidmatan untuk mendapat cuti 2 bulan dan mendapat elaun penuh. Selain itu, guru-guru KAFA juga akan diberi elaun penuh bagi melakukan ibadah haji dan ibadah umrah, masing-masing sebanyak satu kali sepanjang perkhidmatannya.

Lampiran

Tiada Lampiran.