Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

99) SEKOLAH MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS ISTANA BANDAR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan guru-guru tetap dan guru-guru kontrak?

    Bilangan guru-guru tetap dan guru-guru kontrak di Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) Istana Bandar adalah seperti berikut:-

     

    Jumlah keseluruhan guru tetap dan guru kontrak adalah empat puluh satu

    (41) orang. Berikut adalah perincian jumlah guru tetap dan guru kontrak di MITS Istana Bandar.

     

    Bil. Perkara Jumlah
    1 Jumlah Guru Tetap 13
    2 Jumlah Guru kontrak 28
    Jumlah 41

     

    Pecahan Guru Tetap

    Bil. Skim Gred Jumlah
    1 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG48 1
    2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG44 2
    3 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 3
    4 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG32 6
    5 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG28 1
    Jumlah   13

     

    • Pecahan Guru Kontrak
    Bil. Skim Gred Jumlah
    1 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 27
    2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 1
    Jumlah   28

Lampiran

Tiada Lampiran.