Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

101) SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI)

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan prestasi sekolah SRAI di Selangor?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memastikan prestasi sekolah-sekolah di bawah pentadbiran dan seliaan JAIS terus ditingkatkan dengan:

    • Melaksanakan program penilaian pelaksanaan konsep Integreted Holistic Education System (IHES) yang memberi penekanan kepada kemenjadian guru dan pelajar melalui protokol Integreted Holistic Assessment Board (IHAB)
    • Mempertingkatkan prestasi dan kompetensi guru melalui Kursus Peningkatan Profesionalisme Mata Pelajaran Teras dan Elektif
    • Meningkatkan keupayaan guru dalam melaksanakan Krikulum Sepadu Sekolah Rendah (KSSR) dan kurikulum pendidikan Islam JAIS.
    • Berusaha meningkatkan keperluan fizikal dan virtual bagi memaksimumkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Revolusi 4.0 dan Smart Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.