Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

123) SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI)

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan prestasi SRAI di Selangor?

    1. Antara perancangan yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri dalam meningkatkan prestasi SRAI adalah seperti berikut:

     

    1. Mengadakan Ujian Kelayakan Sekolah (UKS) bagi pengambilan murid darjah satu dan bagi pertukaran murid tahun 2,3,4 dan 5, akan dinilai melalui pencapaian pentaksiran bilik darjah.

     

    1. Menyediakan prasarana yang cukup bagi semua SRAI.

     

    • Melaksanakan sepenuhnya kurikulum kebangsaan dan kurikulum pendidikan Islam JAIS di semua SRAI. Kerajaan Negeri percaya melalui gabung jalin dua kurikulum ini akan menghasilkan kemenjadian murid yang seimbang dan holistik.

     

    1. Menggunakan kaedah dan pengajaran berasaskan pendidikan abad ke-21 untuk dilaksanakan oleh guru-guru di dalam kelas.

     

    1. Melaksanakan pembelajaran digital sebagai sebahagian daripada keperluan pendidikan masa kini.

Lampiran

Tiada Lampiran.