Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

47) SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA)

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan dan memartabatkan lagi Sekolah Rendah Agama di Negeri Selangor dari segi kualiti silibus, kualiti guru dan infrastruktur?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Selangor telah mempunyai perancangan bagi memartabatkan Sekolah Rendah Agama di Negeri Selangor seperti berikut:

    1. Kualiti Silibus
    • Semakan semula Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) telah bermula tahun 2018.

     

    • Menerbitkan buku teks KSRA berwarna bagi kegunaan murid di Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan KAFA Integrasi.

     

    • Memastikan elemen adab dan nilai holistik dalam kandungan semua buku teks KSRA bagi membentuk karekter unggul dan keperibadian murid.

     

    • Membangunkan Buku Panduan Mengajar Guru (BPMG) bagi mengekalkan momentum pengajaran dan pembelajaran guru dalam kelas.

     

    • Melaksanakan pentaksiran bilik darjah (PBD) bagi murid tahap satu (tahun 1, 2 dan 3) mulai tahun 2019 dan tidak menekankan kepada peperiksaan.

     

     

    1. Kualiti Guru
      • JAIS memberi ruang latihan professionalisme pendidikan dengan kerjasama KUIS, UPSI, UTM , KOPEDA dan IAB.
      • Kursus jangka pendek dan panjang berfokus kepada kemahiran pengurusan, pentadbiran dan kurikulum di bawah kendalian Institut Latihan dan Dakwah dan Institut Murabbi Antarabangsa Negeri Selangor.
      • Penerapan nilai IHES (Integrated Holistic Education System) kepada semua warga pendidik bagi tujuan kemenjadian guru dan meningkatkan potensi diri.

     

    • Infrastruktur
      • Merancang pembinan sekolah baru di kawasan penempatan yang pesat sama ada Sekolah Rendah Agama (SRA) atau Kelas Al- Quran dan Fardhu Ain (KAFA).
      • Baikpulih kerosakan bangunan sekolah berdasarkan laporan daripada pihak pengurusan sekolah.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.