Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

102) SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) PULAU INDAH, PELABUHAN KLANG

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pembinaan Sekolah Rendah Agama(SRA) Pulau Indah di atas tanah wakaf seluas 1.21 hektar terbengkalai yang mana sepatutnya siap pada bulan April 2008. Jumlah murid-murid sekolah bertambah ekoran pembangunan pesat di Pulau Indah dan kelas yang sedia ada di bangunan lama tidak berupaya lagi menampung pertambahan murid-murid. Justeru itu, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak yang berkenaan dalam menangani masalah tersebut untuk menampung jumlah murid-murid yang semakin bertambah

Lampiran

Tiada Lampiran.