Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

222) SEKOLAH RUKUN NEGARA PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah taburan demografik pelajar yang menghadiri Sekolah Rukun Negara peringkat negeri Selangor?

    Program Sekolah Rukun Negara (SRN) diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2019 oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Program ini berperanan untuk memupuk dan menerapkan semangat cinta negara dan kebertanggungjawaban di kalangan generasi muda untuk berbnakti kepada masyarakat dan negara bangsa. Program ini dilaksanakan di seluruh negeri di mana Selangor adalah antara negeri yang terlibat dalam pelaksanaan program SRN yang telah diadakan di Politeknik Banting, Selangor dan pada 5 September 2019.

    Program ini dilaksanakan selama satu (1) hari dengan mensasarkan penglibatan dari generasi muda. Pada peringkat awal, program ini menganggarkan seramai 200 penyertaan dari pelajar sekolah, IPTA dan IPTS. Walaubagaimanapun, program SRN ini telah mendapat sambutan menggalakkan yang menyaksikan seramai 222 orang pelajar terlibat dalam program SRN.

    Daripada 222 peserta, seramai 128 orang adalah peserta lelaki dan 94 orang adalah peserta perempuan. Pecahan penyertaan mengikut bangsa pula adalah melibatkan 186 orang kaum Melayu, 2 orang kaum Cina, 33 orang peserta dari kaum India dan lain-lain adalah 1 orang.

Lampiran

Tiada Lampiran.