Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

173) SEKOLAH SATU ALIRAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri melakukan kajian berkenaan pelaksanaan sekolah satu aliran di Selangor?

    Seperti yang sedia maklum, perihal pendidikan termasuklah dasar berkenaan aliran sekolah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan, Perkara 74 Jadual 9. Oleh itu, pihak Kerajaan Negeri Selangor mempunyai kekangan yang nyata untuk memperhalusi sebarang dasar yang akan memberi kesan kepada sistem persekolahan. Walau bagaimanapun, perlu dinyatakan di sini bahawa Perkara 152(1)(a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan telah menjamin hak untuk pendidikan vernakular.

Lampiran

Tiada Lampiran.