Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

42) SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA & KAFA INTEGRASI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapa banyak Sekolah-sekolah Rendah Agama dan KAFA Integrasi di DUN Taman Medan yang memerlukan kerja-kerja baikpulih tidak mendapat perhatian sewajarnya, menunggu lama untuk dibaiki?

    Pihak Jabatan telah memberikan perhatian kepada baikpulih Sekolah Agama di DUN Taman Medan dan agihan peruntukan untuk kerja-kerja baikpulih tersebut dari tahun 2010 sehingga Jun 2013 adalah seperti berikut :-

    TAHUN NAMA SEKOLAH PERUNTUKAN

    DILULUSKAN

    (RM)

    2010 SRA KG. MEDAN 1 85,000.00
      SRA MEDAN HARUN 19,850.00
      JUMLAH 104,850.00
         
    2011 SRA MEDAN HARUN 5,450.00
      SRA IBNU RUSYD 97,088.00
      SRA TAMAN MEDAN 2 9,250.00
      JUMLAH 106,338.00
         
    2012 SRA MEDAN HARUN 139,980.00
      SRA TAMAN DATO’ HARUN 136,503.00
      SRA KG. MEDAN 1 109,918.50
      JUMLAH 386,401.50
         
    JUN 2013 SRA MEDAN HARUN 286,000.00
      SRA TAMAN DATO’ HARUN 35,000.00
      JUMLAH 321,000.00
      JUMLAH KESELURUHAN 918,598.50

    Pihak Jabatan terpaksa mengambil sedikit masa untuk menjalankan kerjakerja baikpulih (bukan hanya di DUN Taman Medan) atas alasan-alasan seperti berikut;

    • Tahap kerosakan yang berlaku perlu dikenalpasti dan disiasat dengan teliti demi memastikan kaedah baikpulih yang akan dilaksanakan dapat mengatasi kerosakan tersebut. Kerosakan dari segi struktur serta komponen utama lain pada bangunan perlu mendapat khidmat pakar (forensik) memandangkan ia melibatkan aspek keselamatan pengguna. Setelah dikenalpasti kaedah baikpulihnya, barulah proses seterusnya dapat dilakukan.
    • Walaupun siasatan telah dilakukan, namun untuk kerja-kerja yang memerlukan kos baikpulih yang tinggi (melebihi RM20,000.00) ia perlu ditawarkan secara sebutharga dan perkara ini dinyatakan di dalam Arahan Perbendaharaan. Ini menyebabkan berlakunya kelewatan untuk melantik kontraktor memandangkan proses itu perlu melalui tatacara / prosedur pelantikan kontraktor seperti yang telah ditetapkan.
    • Pihak Jabatan juga perlu mengagihkan peruntukan secara saksama demi memastikan setiap Daerah di Negeri Selangor mendapat manfaat dari peruntukan tersebut (bilangan Sekolah Agama termasuk KAFA di Negeri Selangor berjumlah 558 buah). Oleh yang demikian, pihak Jabatan akan mengagihkan peruntukan tersebut berdasarkan kepada keperluan serta tahap kritikal kerosakan di sesebuah bangunan sekolah.

    Kerja-kerja baikpulih Sekolah-sekolah Rendah Agama dan KAFA memerlukan kerjasama yang amat kemas antara beberapa agensi kerajaan. Jabatan Agama  Islam Selangor sebagai agensi yang melaksana operasi sekolah, kewangan negeri yang memberi peruntukan dan JKR sebagai agensi mempunyai kepakaran dalam baikpulih. Ibubapa juga perlu memberi kerjasama untuk mengurang kebergantungan kepada kerajaan. Penyelarasan inilah yang masih lemah dan perlu diperbaiki.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.